Thursday, October 27, 2011

tragedy october or sumpahan mahsuri belum berakhir??


assalamualaikum
lame nye bercutikan..
after 5h4m kat negeri orang 
kami smbung holiday kat rumah sakit sg buloh..
plus smbut birthday kat katil spital..
kasihani sungguh kaan..


ecehh ni bukan cite dongeng ye,,
ni kenyataan yg lebih dr kenyataan


darah menitik2 gerrrr scary okai...

incik doc yang banyak tanye..: nonsense sungguh soklan kamoooo

muke yg agak penaat melayan soklan sengal bengal doc td.

ble budak hyper active terlantar kat spital
cam ni la lagat nye...
b4 tu wish dulu yee
happy birthday my dear Muhammad Irfan Daniel

gaya bebas 1

gaya bebas 2

gaya bebas 3

gaya bebas 4

gaya bebas 5

baiknyer..

waitin for result..
.
.
.
.
.
.
.
.

yeahhhhhh at last discharge


sekian..

Saturday, October 15, 2011

SOLAT JAMAK DAN QASAR




Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.
Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
 
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
 
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
 
Cara Solat Qasar
1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.


SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 

1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas 
memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).

2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat  Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
 Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya

.:: H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y A.B.A.H ::.

Assalamualaikum
arini 15/10/2011 genap la abah kite .. tahun
alhamdulillah Allah panjang kan umur abah kite ni

kite doakan abah slalu sihat dan selalu dalam redhaNya..
ni doa tok abah ye...



Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan kepada abahku. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada kami…. Tetapi terlalu sedikit pengabdian kami terhadap-Mu

Ampunkan kami ya Allah apabila abah merintih nasibnya di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus kami mengadu?

Dalam usia bagini….. aku ingin abah lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin abah lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin abah selalu mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang kami sekeluarga inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, kami takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat kami dengan Alam Kubur… semakin takut kami terhadap Hari Pembalasan… izinkan kami dalam usia yang semakin sedikit ini kami mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk kami jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku dan keluargaku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbil-Alamin

kota bharu 2002

abah cakap kite hitam smpai gambar pog hitam sebelah..haha
nak wat cane abah memag putih..^_^

kittew yang hitam logam..wan n yah paling putih

love both of youuuu muahhhxzzsss
tiada pengganti okaii 




Tuesday, October 11, 2011

yes i'm food lover: secret recipie










.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.






.
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



sekian magic tok kali ini...


Bila rase nak jadi chef: Black Beuty Choc. Cake




Hikhik da lame nak wat n3 pasal masak memasak ni.. sangat best ble tengok orang makan hasil air tangan + kudrat....n PALING besh ble orang puji...alamat nye kembang kempis la HIDONG aiii ni...

act nak share satu blog ni..suke tgk deco n care die present kat blog die..
rase nak wat jugak..tapi tunggu la da jadi housewife full time..kalau nak tengok KLIK DISINI

ni first cake i amik directly dr blog akak kite ni..
next nak try lagii..(tunggu)
hasilnya memang tidak mngecewakan...

and ni hasilnya..: BLACK BEUTY CHOC CAKE...




Bahan A
2 cwn tepung gandum/superfine (* tepung gandum)
¾ cwn serbuk koko 
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil b.powder


Bahan B

2 cwn gula castor (*guna gula icing)
1 cwn susu cair (*fresh milk)
1 cwn myk masak @ butter dicairkan (saya guna butter)
1 cwn air panas suam
1 sudu besar coklat emulco ( tak taruk sebab xde )
3 biji telur



Ayak Bhn A, ketepikan

Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
Guna loyang 8x8



Topping mudah tapi sedap

1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air (saya guna fresh milk)
1/2 cwn tpg jagung
2 sudu besar majerin/ butter



Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2...


derhaka: saye xsempat tunggu sejuk choc tu sebab saye cuak..first time buat topping ni..





nota kaki: selamat mencube...da cube leh anta rumah saye...:D
terima kasih: SUMBER



awak part 2

don't wait until it's too late to tell someone
how much you love
how much you care
because 
when they're gone
no matter how loud
you shout and cry
they won't hear you anymore


miss this baby boy ^_^

cutenyer...anak sape ni..

lagi banyak orang chantek yg u jumpe kann... sob sob









nota kaki: amik tisu lap lantai..
nota iman: anggap sume ni suratan takdir.setiap yg berlaku mesti de hikmahnye..
insyallah mudah-mudahan

Monday, October 10, 2011

tips percutian yang menjimatkan...

memandangkan saye betol2 dalam mood holiday ni...so saya nak share sedikit sebanyak tentang percutian atau dalam bahasa omputihnya di panggil vacation..memandang kan kali ni kami pergi bercuti dalam tempoh yg agak lame.. so kalu boleh haruslah berjimat cermat..( still jobseeker)..hukhukkk

  • Bercuti ketika bukan musim perayaan atau cuti panjang seperti cuti sekolah ( yang ni sangat2 betol banyak jugak beza harge2 tauuu)
  • Bercuti ke tempat-tempat yang punyai lokasi pelancongan yang tidak perlu dibayar, contohnya muzium ( agak kurang besh memandangkan zaman sekolah dulu memang suke pergi lawatan sambil belajar)
  • Memasak sendiri makanan atau menyediakan makanan ringkas sendiri seperti 3 in 1, makanan bungkus atau tin yang mudah dipanaskan. ( betol jugak kalau boleh time holiday tu nanti plan la 1 hari tok makan besar..supaya boley jimat2)
  • Bercuti bersama rakan-rakan atau dalam kumpulan lebih jimat. ( ini pog sangat betol..percaya atau tidak dengan RM150 kami bff boley hidup 3h2m kat pahang..will update this later..)
  • Bercuti ke tempat yang samada anda atau pasangan mempunyai rakan atau teman yang boleh disinggahi - tempat tidur free, dan makanan juga ditanggung ....and yang ini coming soon ble saya nak ke penang insyallah dalam tahun ini jugak..doa-doakan..)
  • Bercuti dengan menggunakan pengangkutan awam seperti bas ataupun keretapi. (alhamdulillah saya gune kapal yang boleh terbang)
  • Menggunakan wang tunai, dan elakkan penggunaan kad kredit dalam perbelanjaan percutian.( betol2...tapi credit card perlu in case emergency)
  • Rancang bersama ahli keluarga dan pilih lokasi secara bersama.( tau xpe!! selain menjimatkan boelh mengeratkan tali persaudaraan)
  • Jika nak bercuti lebih jauh, rancang awal dan buat tabungan. (sediekan tabung ayam dalam bilik n kuatkan semngat supaye xkorek bile da kering kontang)
  • Dapatkan pakej dari perkhidmatan agen pelancongan.( tanye kawan2)
  • Selalu buat tinjauan secara online mengenai tiket kapal terbang, serta promosi-promosi hotel. ( yes i do, survey dr awal tahun lagi ni)
  • Beli dan tempah hotel secara online - lebih jimat dari walk-in atau melalui telefon. ( saya SURVEY THRU THIS MYDEAL, MILKDEAL AND GROUPON.. tak lupe matta fair baru2 ni...)



so enjoy ur holiday...yeaaayy..



SEdikit tips bagi mereka yang nak berholiday



  • Menabung
    Yang ni sangat penting, kena ada duit yang secukupnya kalau nak pergi bercuti atau melancong. Kena asingkan duit untuk tujuan simpanan dan fokus pada perancangan
  • Perancangan Percutian
    Perancangan rapi perlu dibuat sama ada dari segi diri dan minda. Perancangan juga termasuk tempat mana nak dilawati, jenis pengangkutan dan macam-macam lagi
  • Bajet Semasa Bercuti
    Anggaran perbelanjaan sangat penting. Ianya meliputi kos penginapan, makanan, pengangkutan dan cenderamata. Untuk ke overseas, kena tahu kadar pertukaran mata wang asing
  • Tempahan Awal
    Tempahan awal perlu terutamanya jika menggunakan penerbangan ataupun bas. Ianya bagi membolehkan kita mendapat harga tiket yang murah dan availability of tickets
  • Buah Tangan
    Buat rujukan di Internet atau bertanyakan kawan-kawan yang pernah pergi ke tempat tersebut bagi mengetahui tempat-tempat yang menawarkan harga yang berpatutan. Senaraikan saudara-mara, kawan-kawan or sesiapa saja yang kita mahu beri ole-ole tersebut

CONVOCATION UiTM


PDFPrintE-mail
Salam Sejahtera..
Tahniah di atas kejayaan anda menamatkan pengajian di UiTM.
Bagi melancarkan proses konvokesyen anda. Sila turuti langkah-langkah di bawah :-

LANGKAH TERAKHIR GRADUAN
1) Sahkan kehadiran dan cetak borang jubah (klik disini)
2) Cetak Kajian Pengesanan Graduan(klik disini)
-  Makumat lanjut berkaitan KPG (klik disini)
3) Cetak Panduan Istiadat Konvokesyen ( BM-klik disini) (BI-klik disini)
4) Dvd graduan (klik disini)
(Pastikan pembayaran bil konvokesyen/denda/saman dijelaskan sebelum hadir pada hari pinjaman jubah, sekiranya   pembayaran tidak dijelaskan sebelum hari pinjaman jubah, graduan tidak dibenarkan untuk mengambil jubah)
Semak maklumat berkaitan bendahari,denda tertunggak dan status bayaran (Denda Perpustakaan,Keselamatan dan Hal Ehwal Pelajar) - (Klik disini)

Sekian, terima kasih.


 
Maklumat PentingPDFPrintE-mail

Written by Admin Konvo   
Thursday, 15 April 2010 15:10

Para Graduan,

Dimaklumkan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-75 bagi Kampus induk Shah Alam akan diadakan

di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC).

1)    Mohon kepada semua para graduan untuk berkumpul di Aras Plaza Dewan Agong Tuanku Canselor

bagi susunan graduan sebelum perarakan graduan masuk ke dalam Dewan.

SIDANG PAGI      - 7.30 PAGI

SIDANG PETANG - 12.30 TENGAHARI
(Graduan yang lewat tidak dibenarkan memasuki dewan kerana akan menganggu perjalanan istiadat)

2)     Bagi Parkir dan Laluan masuk ke Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) adalah seperti berikut :-

Laluan 1 - untuk sidang pagi di mana parkir graduan dan tetamu di Padang Kawad
Laluan 2 - untuk sidang petang parkir graduan dan tetamu di Pasaraya Giant (dulu pasaraya bintang).

Peta Lalulintas Istiadat Konvokesyen ke-75 (Sila klik disini)

* Bas akan disediakan kepada semua para graduan dan tetamu, bas akan membawa anda terus ke Dewan

Agong Tuanku Canselor (DATC)

Harap Maklum.

Terima kasih.